BN lancar manifesto esok, garis 99 tawaran

BN lancar manifesto esok, garis 99 tawaran

Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata 10 teras dan 99 tawaran digariskan dalam manifesto itu akan dapat dinikmati pelbagai golongan masyarakat, B40, M40, mahupun T20.

BN akan mengumumkan manifestonya secara langsung menerusi media sosial, selain pengedaran bahan bercetak di setiap PDM di seluruh negara.
BAGAN DATUK:
Kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi yang stabil, serta lebih banyak peluang pekerjaan dan pendidikan menjadi antara keutamaan manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang akan dilancarkan esok.

Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan menggariskan 10 teras dan 99 tawaran yang akan dinikmati pelbagai golongan masyarakat, terutamanya kumpulan B40 dan M40, juga T20.

“Kita mahu soal kesejahteraan rakyat diberikan keutamaan, jadi kita harus menentukan langkah-langkah untuk menentukan bahawa ia tidak akan memberi kemudaratan yang berat kepada rakyat,” katanya.

“Di samping itu, kita juga mahu terus menggamit pelaburan langsung asing (FDI), pelaburan langsung domestik (DDI) supaya pelabur boleh melabur semula bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan nilai eksport.”

Calon BN Parlimen Bagan Datuk itu berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas melawat pusat daerah mengundi (PDM) Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Beliau berkata, pengumuman itu akan dilakukan secara langsung menerusi media sosial, selain pengedaran bahan bercetak di setiap PDM di seluruh negara.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.