Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula

Bilik gerakan BN Arau akan dibuka semula

Calon BN Parlimen Arau Rozabil Abd Rahman yakin ramai masih menyokong dan setia kepada gabungan itu.

Rozabil Abd Rahman berkata ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu bilik gerakan BN Arau dibuka semula. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bilik gerakan Barisan Nasional (BN) Arau yang ditutup 1 Nov lalu, selepas bekas Ahli Parlimen, Shahidan Kassim tidak dicalonkan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), akan dibuka semula dalam masa terdekat,

Calon BN Parlimen Arau, Rozabil Abd Rahman berkata ramai penyokong di peringkat jentera akar umbi mahu bilik gerakan itu dibuka semula.

“Berdasarkan sambutan yang diterima semasa sesi bertemu pengundi dalam masa dua tiga hari ini, ramai yang meminta saya membuka semula bilik gerakan BN di Arau ini dan hanya sebilangan kecil yang menolak,” katanya menurut Bernama.

Beliau yakin ramai masih menyokong dan setia kepada BN, walaupun mereka keliru pada peringkat awal selepas Shahidan mengumumkan akan kekal mempertahankan kerusi itu atas tiket Perikatan Nasional.

Calon Pakatan Harapan, Fathin Amelina Fazlie turut mengumumkan bertanding merebut kerusi itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.