Presiden MIC berdepan pertandingan 7 penjuru di Sungai Siput

Presiden MIC berdepan pertandingan 7 penjuru di Sungai Siput

SA Vigneswaran akan berdepan calon PH, PN, Gerakan Tanah Air dan tiga lagi calon bebas.

SA Vigneswaran mahu merampas kembali kerusi Sungai Siput untuk Barisan Nasional (BN). (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Presiden MIC SA Vigneswaran antara tujuh pesaing yang akan merebut kerusi Sungai Siput di Perak.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Vigneswaran akan berdepan calon PH, PN, Gerakan Tanah Air dan tiga lagi calon bebas.

PH akan diwakili oleh S Kesavan, yang menang kerusi itu pada 2018, manakala G Irudianathan dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar masing-masing akan mewakili PN dan GTA.

Tiga calon bebas adalah seorang suri rumah, R Indrani, bekas ketua penerangan PN Sungai Siput Baharudin Kamarudin dan ahli perniagaan N Rajah.

Pada PRU14, Kesavan menewaskan calon daripada BN, PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.