
Kohilan yang merupakan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Batu, berkata beliau akan bercakap dengan pemimpin MCA berhubung perkara berkenaan.
Sebelum ini, dilaporkan MCA Batu menutup bilik gerakannya sebagai membantah pencalonan Kohilan.
Kohilan berkata, beliau tidak bersetuju dengan tindakan MCA Batu, namun berpandangan setiap “keluarga” akan timbul percanggahan dengan beberapa pihak mengambil tindakan tidak sepatutnya.
“Ini bukan tindakan baik, tapi kita semua adalah keluarga. Kami akan selesaikannya.
“Ini perkara sementara sahaja – perkara kecil diperbesarkan,” katanya kepada pemberita di pusat penamaan calon Batu.
Pada Rabu, Presiden MCA Wee Ka Siong, berkata partinya akan bertanding di kerusi Batu, bukannya MIC, susulan perbincangan dengan Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
Wee berkata, telah dipersetujui bahawa MCA akan mengemukakan calonnya di Batu selepas parti itu “menyerahkan” kerusi Padang Serai kepada MIC. Parti itu merancang meletakkan Naib Presiden MCA Yew Teong Look sebagai calon.
Sebagai membantah keputusan itu, Yew dilapor mengarahkan MCA Batu menutup bilik gerakannya.
Menurut laporan Sin Chew Daily, Yew tidak gembira dengan keputusan BN menukar calonnya bagi kerusi terbabit dalam tempoh dua hari sahaja, yang mana beliau yang sepatutnya bertanding di Batu.