Leow Thye Yih tanding bebas di Taiping, DUN Pokok Assam

Leow Thye Yih tanding bebas di Taiping, DUN Pokok Assam

Leow berkata dia tidak menyalahkan bekas partinya kerana tidak meletakkannya bertanding dalam pilihan raya umum.

Bekas ADUN Pokok Assam Leow Thye Yih berharap pengundi akan mempertimbangkan prestasi calon di kawasan itu dan bukannya mengundi berdasarkan parti. (Gambar Facebook)
TAIPING:
Bekas ADUN Pokok Assam, Leow Thye Yih yang telah keluar DAP semalam mengumumkan akan bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Taiping dan DUN Pokok Assam.

Menurut China Press Leow menggesa supaya pengundi Taiping tampil menyokong serta memberi peluang kepadanya untuk berkhidmat kepada penduduk di sana.

Katanya, keputusan untuk bertanding sebagai calon bebas pada PRU15 itu umpama satu peluang kepada diri sendiri, sedangkan beliau akan dipecat daripada parti sekiranya bertanding sebagai calon bebas atau melalui tiket parti lain, berdasarkan dasar DAP.

Beliau mengakui keputusan keluar parti yang diumumkan semalam kerana terdesak, namun beliau hanya boleh memilih untuk bertanding sebagai calon bebas demi membawa pembangunan yang lebih baik kepada Taiping.

Katanya, beliau tidak menyalahkan DAP yang tidak membenarkannya bertanding, sebaliknya ingin berterima kasih kepada parti itu yang memberi peluang kepadanya bertanding dalam dua pilihan raya lalu, sehingga dipilih sebagai ADUN di Aulong dan Pokok Assam.

Beliau turut berkata, beliau telah bekerja keras sepanjang berkhidmat di kawasan tersebut dan mendapatkan komen positif daripada pengundi terhadap parti itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.