
Rafizi menasihatkan mereka memulakan perniagaan sendiri, jika matlamatnya untuk mengumpul kekayaan.
“Jika anda tidak jalankan tugas dengan baik sebagai menteri, anda akan dikutuk oleh rakyat. Jadi lebih baik beri tumpuan kepada perniagaan sendiri,” katanya menurut China Press.
“Selagi seseorang itu bekerja keras dan kekal fokus, Tuhan akan menjaganya dengan baik. Jangan mencuri dan bekerja dengan kroni, dan kekayaan yang diperoleh daripada usaha perniagaan boleh diwariskan kepada generasi akan datang.”
Rafizi, yang juga pengarah pilihan raya PKR berkata, golongan belia perlu mempunyai niat murni jika mahu menyertai politik.
Beliau meluahkan kekesalan tentang bagaimana wang, kuasa dan kedudukan menjadi matlamat ramai ahli politik, bukannya berkhidmat kepada rakyat.
Bercakap dalam ceramah di Sungai Lalang, Kedah, Rafizi menceritakan bagaimana beliau menyertai PKR pada 1998 untuk membantu tugas pentadbiran dalam parti. Hanya selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan barulah beliau menceburi bidang politik, katanya.
“Saya dapat bercakap dengan banduan lain ketika saya dipenjarakan pada 2018, yang mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa negara memerlukan reformasi,” katanya.