
Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff akan bertanding di kerusi itu. Beliau adalah calon tunggal parti itu di Kedah untuk PRU15.
“Biasanya, calon DAP di kerusi majoriti Melayu tidak mendapat sokongan. Tetapi kali ini, DAP meletakkan calon Melayu yang juga anak tempatan,” katanya selepas majlis di Ibu Pejabat BN.
Bekas menteri itu berkata, beliau akan bergantung kepada rekod prestasi BN untuk merampas semula kerusi yang tewas kepada PAS pada PRU14.
Pada 2018, beliau tewas kepada calon PAS, Sabri Azit dengan majoriti tipis 539 undi.
Jamil berkata, calon BN Kedah diterima baik ahli akar umbi dan tiada aduan mengenai barisan gabungan itu di negeri berkenaan.