Tok Pa tak pertahan Jeli atas faktor kesihatan

Tok Pa tak pertahan Jeli atas faktor kesihatan

Penyandang Parlimen Jeli itu berkata, tahap kesihatannya tidak mengizinkan beliau terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang berkesan.

Mustapa Mohamed mengucapkan terima kasih kepada rakyat Jeli yang menyokongnya selama ini
PETALING JAYA:
Penyandang Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed tidak akan mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-15.

Katanya, beliau membuat keputusan itu selepas dinasihatkan doktornya.

“Tahap kesihatan tidak mengizinkan saya untuk terus berkhidmat sebagai wakil rakyat yang berkesan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada rakyat Jeli yang menyokongnya selama ini dan berkata, keputusan itu sudah dimaklumkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin.

Mustapa julung kali memenangi Parlimen Jeli pada 1995, tetapi tewas kepada calon PAS, Apandi Mohamad pada 1999.

Beliau berjaya merampas semula kerusi itu untuk Barisan Nasional pada 2004 dan mempertahankannya sehingga 2018, sebelum menyertai Bersatu pada September tahun sama.

Beliau pernah dilantik ke beberapa jawatan menteri, antaranya pembangunan usahawan, hal ehwal ekonomi, kewangan, pengajian tinggi, pertanian dan perdagangan antarabangsa.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.