Anwar mohon tarik larangan pemimpin PH masuk Sarawak

Anwar mohon tarik larangan pemimpin PH masuk Sarawak

Pakatan Harapan akan mempertaruhkan 16 calon di Sarawak pada PRU15.

Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata langkah itu bagi membolehkan mereka membantu calon parti di Sarawak ketika tempoh berkempen.
PETALING JAYA:
Pakatan Harapan (PH) memohon kerajaan Sarawak mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran dan menarik balik larangan masuk ke negeri itu yang dikenakan terhadap beberapa pemimpin mereka semasa kempen pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, berkata langkah itu bagi membolehkan mereka membantu calon parti di Sarawak ketika tempoh berkempen.

“Besar harapan saya agar permohonan ini dapat diberi perhatian oleh beliau dan pihak kami juga tidak mahukan sebarang isu atau konflik dengan kerajaan Sarawak,” kata Anwar di Facebook.

PH akan mempertaruhkan 16 calon di Sarawak pada PRU15.

Semalam Anwar dilapor berkata, penyandang kerusi Parlimen Miri selama dua penggal Michael Teo, tidak tersenarai calon bagi memberi laluan kepada Ketua Pemuda PKR Sarawak, Chiew Choon Man.

Selain itu, Anwar memaklumkan, Pengerusi PKR Sarawak, Roland Engan dan timbalannya, Abun Sui Anyit, masing-masing bakal bertanding di Parlimen Baram dan Hulu Rajang.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.