Razali Ibrahim dijangka lawan Muhyiddin di Pagoh, kata sumber

Razali Ibrahim dijangka lawan Muhyiddin di Pagoh, kata sumber

Sumber rapat dengan Umno berkata Razali Ibrahim akan diumumkan secara rasmi bertanding di Pagoh dalam minggu ini.

Razali Ibrahim dijangka bertanding di Pagoh melawan Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dan calon PH, Iskandar Shah.
PETALING JAYA:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Razali Ibrahim dijangka bertanding di kerusi Parlimen Pagoh pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata sumber rapat dengan parti itu.

Beliau dijangka berentap dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang juga penyandang kerusi Parlimen itu.

Selain Muhyiddin, Razali juga akan berdepan calon Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah.

Jumaat lalu Pengerusi PH, Anwar Ibrahim mengumumkan Iskandar daripada PKR sebagai calon gabungan itu di Pagoh.

Menurut sumber itu, Razali akan diumumkan secara rasmi bertanding di Pagoh dalam minggu ini.

“Watikah minggu ini. Razali dipilih bertanding di Pagoh untuk PRU15,” katanya kepada FMT.

Razali yang juga bekas Ahli Parlimen Muar, menang tiga penggal berturut-turut pada PRU11, PRU12 dan PRU13, namun tewas pada PRU14 selepas dikalahkan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan majoriti 6,953 atas tiket PKR.

Kerusi Parlimen Pagoh kini disandang Muhyiddin yang menang pada PRU14 dengan majoriti 6,927 undi menewaskan calon PAS dan Umno.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.