
Beliau berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Marzuani yang juga ketua Puteri Umno Ketereh.
“Ketua Puteri Umno itu dipanggil mengadakan pertemuan dengan pucuk pimpinan parti sebelum ini tanpa pengetahuan saya.
“Selepas itu, ketua Puteri Umno itu merujuk tawaran berkenaan kepada saya. Saya tidak tahu sama ada beliau menerimanya atau tidak,” katanya pada sidang media.
Annuar berkata, beliau menasihati Marzuani untuk bertanding jika yakin mampu mengekalkan kerusi itu milik Umno.
“Saya cuma kata tanya hati sendiri dan kalau berasakan mampu menang, maka bertandinglah, kalau kita rasa menang, kita boleh sumbang satu kerusi untuk parti, itu yang sebaik-baiknya.
“Jangan bertanding semata-mata hanya untuk bertanding,” katanya.