
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kesemua tong itu, yang didapati mengalami kebocoran, dipercayai dibuang secara haram oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5 petang sebelum bergegas ke lokasi kejadian dengan dibantu BBP Simpang Pulai dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) BBP Pasir Puteh.
“Kesemua tong didapati telah bocor dan setiap tong mengandungi 20% cecair di dalam tong tersebut yang mengandungi ‘SW 402/ UN 1760 Schedules Waste’.
“Pasukan bomba membuat penilaian dan mengepung kawasan itu sebagai langkah berjaga-jaga. Pihak Hazmat BBP Pasir Puteh membuat ‘pengesanan dan persampelan di tempat kejadian.
“Operasi diteruskan dengan menutup cecair terdedah dengan pasir,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Jurucakap itu berkata, pengesanan dilakukan sekali lagi bagi memastikan tiada lagi bahan berbahaya di kawasan tersebut.
Operasi yang turut dibantu pihak polis dan Jabatan Alam Sekitar itu tamat sepenuhnya pada 8.35 malam.