145 mangsa banjir di Melaka masih berada di PPS

145 mangsa banjir di Melaka masih berada di PPS

Semua mangsa masih ditempatkan di tiga pusat pemindahan di Alor Gajah dan Melaka Tengah.

Banjir melanda beberapa daerah di Melaka menyebabkan rumah penduduk ditenggelami air. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah dan Melaka Tengah berkurangan kepada 145 orang daripada 37 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 146 orang daripada 41 keluarga semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan di Alor Gajah, PPS Balai Raya Kampung Gadek menempatkan 24 orang daripada sembilan keluarga manakala PPS Balai Raya Kampung Belimbing menempatkan 21 orang daripada tujuh keluarga.

“Di Melaka Tengah pula, PPS Sekolah Kebangsaan Krubong menempatkan 100 orang daripada 21 keluarga,” menurut kenyataan itu.

Antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Gadek, Pengkalan, Kampung Panchor, Kampung Beringin dan Kampung Pulau manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis dan Kampung Tanah Merah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.