Tipu pemilik syarikat untuk projek RM730,000, lelaki ditahan

Tipu pemilik syarikat untuk projek RM730,000, lelaki ditahan

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok untuk pertuduhan.

Suspek ditahan 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.
KOTA KINABALU:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki dipercayai memperdaya seorang pemilik syarikat bagi memperoleh projek pembekalan bahan mentah kering dan basah bernilai RM730,000 pada 2013.

Menurut sumber, suspek berusia 35 tahun itu memperdaya pemilik syarikat berkenaan dengan menawarkan kerjasama untuk melaksanakan projek tersebut sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM100,000.

Suspek difahamkan ditahan 2.30 petang tadi di pejabat SPRM Sabah ketika hadir memberi keterangan.

Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi, mengesahkan penahanan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu esok untuk pertuduhan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.