
Timbalan setiausaha agung DAP itu mendakwa pihak yang membuat dakwaan itu cuba “memutarbelitkan” kata-katanya.
“Jika anda tonton ucapan saya, ia sangat jelas. Saya tidak sebut kerabat diraja (Pahang), hanya ‘orang besar empat’ Pahang.
“Saya hanya cakap dalam institusi itu, ada ‘orang besar’ yang bersalah, jadi sebagai orang Pahang, saya rasa malu juga. Saya tidak fikir saya menghina sesiapa, orang hanya memutarbelitkan (kata-kata saya),” katanya di Ibu Pejabat DAP di sini.
Semalam, 20 laporan polis dibuat beberapa NGO Pahang terhadap Tengku Zulpuri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan berhubung ucapannya pada 19 Okt lalu.
Wakil sebuah NGO itu, Tengku Abdul Manan Aziz memberitahu Sinar Harian, mereka mahu tindakan diambil terhadap Tengku Zulpuri.
Beliau mendakwa ucapan pemimpin DAP itu menimbulkan kebencian terhadap institusi raja.
Klip video ucapan Tengku Zulpuri menunjukkan beliau melabelkan “orang besar berempat Pahang” sebagai penyamun dan penyangak.