
PETALING JAYA: Seramai 30 orang diselamatkan dari Gua Tempurung di Perak, selepas laluan keluar gua batu kapur itu dinaiki air petang tadi.
Pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, tiada kecederaan dilaporkan.
“Semua mangsa selamat,” katanya kepada FMT.
Pegawai itu berkata, mangsa adalah kru filem yang sedang menjalankan penggambaran di dalam gua itu.
Ketua Polis Kampar, Nazri Daud memberitahu The Star, paras air di dalam gua naik kira-kira 3 petang tadi.
Katanya, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta sepasukan anggota polis digerakkan ke lokasi untuk membantu operasi menyelamat.