Ketua Bersatu Padang Terap umum keluar parti

Ketua Bersatu Padang Terap umum keluar parti

Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau bersama lebih 1,000 lagi ahli Bersatu keluar parti kerana hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi.

Syed Sobri Syed Hashim berkata, beliau bertindak keluar Bersatu atas kerelaan tanpa paksaan atau kerana ditawarkan habuan tertentu. (Gambar Bernama)
PADANG TERAP:
Ketua Bersatu Bahagian Padang Terap, Syed Sobri Syed Hashim hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua bahagian itu, dan keluar dari parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta.

Menurutnya selain itu lebih 1,000 ahli Bersatu bahagian berkenaan serta empat ketua serta ahli jawatankuasa (AJK) beberapa cawangan di Bahagian Padang Terap, turut mengikut jejak langkahnya meninggalkan parti.

Beliau mendakwa tindakan keluar parti itu dibuat atas faktor mereka hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan tertinggi parti itu yang dilihat hanya beretorik dan bukannya berjuang untuk rakyat sebaliknya hanya menjaga kepentingan diri.

“Tindakan keluar parti ini dibuat atas kerelaan tanpa paksaan atau kerana ditawarkan habuan tertentu.

“Langkah ini didorong oleh rasa hilang kepercayaan dan keyakinan kepada pimpinan Bersatu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Syed Sobri pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang mewakili Barisan Nasional dari 2008 hingga 2013.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.