Sukarelawan polis ditembak ketika tunggang motosikal

Sukarelawan polis ditembak ketika tunggang motosikal

Susulan kejadian itu polis menahan seorang suspek lelaki berusia 35 tahun bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata pihaknya menerima panggilan dari Hospital Pasir Mas kira-kira 11.30 malam yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat terkena tembakan.
PETALING JAYA:
Seorang anggota sukarelawan simpanan polis berpangkat koperal cedera di dada kanan selepas dipercayai ditembak ketika menunggang motosikal ke sebuah kedai nasi lemak di tepi Jalan Aur Duri, Kampung Seberang dekat Salor, Kota Bharu.

Mangsa, Kamarul Fadzreen Kamaruzaman, 30, sempat menghubungi rakan sekerjanya malam tadi untuk meminta bantuan sebelum memaklumkan kepada pemilik kedai nasi lemak supaya menghubungi talian kecemasan.

Ketua Polis Kelantan, Muhamad Zaki Harun, berkata polis menerima panggilan telefon dari Hospital Pasir Mas kira-kira 11.30 malam yang memaklumkan seorang lelaki cedera akibat terkena tembakan.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai ditembak kira-kira 10.30 malam dan insiden menyebabkan lelaki itu cedera pada bahagian paru-paru kanan.

“Mangsa dibawa ke Hospital Pasir Mas sebelum dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut, namun berada dalam keadaan stabil dan sedang ditidurkan ketika ini.

“Susulan kejadian itu, polis menahan seorang suspek lelaki berusia 35 tahun bagi membantu siasatan,” katanya menurut Kosmo.

Zaki berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.