
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,618 semalam, berbanding 2,256 kes pada hari sebelumnya dengan empat kematian dilaporkan.
Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 2,611 kes penularan tempatan, manakala tujuh kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,880,005 kes dan 36,444 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 27,299 kes aktif Covid-19, termasuk 47 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 18 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 1,066 orang atau 3.9% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,841 pesakit dilaporkan sembuh.