PRU15: Anthony Loke sah pertahan Seremban

PRU15: Anthony Loke sah pertahan Seremban

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, penyandang kerusi Parlimen Seremban selama dua penggal.

Anthony Loke menangi di Parlimen Seremban dengan majoriti selasa 30,694 undi, menewaskan calon BN dan calon PAS.
SEREMBAN:
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, mengesahkan akan mempertahankan Parlimen Seremban manakala Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin, kekal di Parlimen Rasah bagi PRU15.

Loke mengumumkan perkara itu ketika berucap pada majlis pembukaan Bilik Gerakan Utama Parlimen Rasah.

“(DAP) Negeri Sembilan selesai isu calon dan jentera awal-awal, persiapan kita dua minggu sebelum penamaan calon. Kita dah bersedia untuk tawan Parlimen Seremban dan Rasah…kita bukan sahaja nak menang Parlimen itu, tapi ada tanggungjawab bantu rakan pertahan Port Dickson, Tampin, dan (merampas) Kuala Pilah,” katanya.

Loke penyandang kerusi Parlimen Seremban selama dua penggal, dan pada PRU14 lepas beliau menang dengan majoriti 30,694 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Chong Sin Woon, dan calon PAS, Shariffuddin Ahmad.

Cha pula menang dengan majoriti 46,867 undi mengalahkan calon BN, Ng Kian Nam; Mohd Khairil Anuar Mohd Wafa (PAS); dan David Dass (Parti Alternatif Rakyat Malaysia).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.