Melaka mohon sekolah digazet pusat mangsa banjir tak jadi pusat undi

Melaka mohon sekolah digazet pusat mangsa banjir tak jadi pusat undi

Akan menjadi masalah lebih besar kalau pusat pemindahan mangsa banjir dijadikan tempat mengundi kalau berlaku berlaku.

Kerajaan Melaka mahu elak masalah yang mungkin timbul apabila bencana melanda sekiranya sekolah yang digazet sebagai PPS dijadikan pusat mengundi. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Kerajaan Melaka memohon supaya mana-mana sekolah yang digazet sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir tidak dijadikan sebagai pusat mengundi pada PRU15.

Exco Pendidikan, Teknologi dan Telekomunikasi Rais Yasin berkata ia penting bagi mengelak masalah yang mungkin timbul akibat penggunaan tempat secara serentak.

“Kita dah minta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka untuk memastikan di pihak Kementerian Pendidikan, mana-mana sekolah yang terlibat menjadi PPS mungkin tidak boleh dijadikan sebagai pusat mengundi.

“Saya serahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kementerian. Bukan sahaja di Melaka, kita yakin dan percaya ada banyak lagi negeri lain, kalau betul-betul banjir berlaku akan menjadi masalah yang lebih besar kalau tempat itu dijadikan tempat mengundi, tempat itu juga dijadikan PPS,” katanya.

Rais meminta agar JPN Melaka memantau keadaan keselamatan di setiap sekolah bagi memastikan selamat sepanjang masa.

“Saya minta kepada JPN Melaka supaya memantau semua (sekolah) sebab sekolah bukan sahaja menjadi PPS tetapi juga akan menjadi pusat mengundi, jadi yang ini kita perlu pastikan keselamatan pengundi pada waktu dan ketika terutama pada 19 Nov,” katanya.

SPR menetapkan 19 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRU15, penamaan calon pada 5 Nov manakala pengundian awal pada 15 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.