Jangkitan harian Covid-19 meningkat melepasi 2,000 kes

Jangkitan harian Covid-19 meningkat melepasi 2,000 kes

Kes baharu terdiri daripada 2,291 penularan tempatan dan empat kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,872,570 kes, dengan 36,429 kematian.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 naik kepada 2,295 kes semalam berbanding 1,873 kes yang direkodkan kelmarin, dengan tiga kematian dilaporkan.

Menurut data di laman web KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 2,291 penularan tempatan dan empat kes import.

Angka ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,872,570 kes, dengan 36,429 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 24,331 kes masih aktif, termasuk 44 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 11 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 1,072 orang atau 4.4% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,386 pesakit dilaporkan sembuh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.