PKS dapat manfaat menerusi acara pemasaran digital

PKS dapat manfaat menerusi acara pemasaran digital

OHSEM ADS 2022 menjadi landasan kepada PKS mengoptimumkan bajet pengiklanan mereka demi pulangan lebih besar.

OHSEM ADS 2022 dijangka menarik penyertaan sehingga 3,000 pemilik perniagaan dan ahli pemasaran. (Gambar Unsplash)
PETALING JAYA:
Dattel Asia Group dan REV Media Group (RMG) bekerjasama menganjurkan OHSEM ADS 2022, acara bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk didedahkan kelebihan pengiklanan bersama REV Media Network menggunakan kuasa data pengguna.

Program yang dijadualkan pada 3 Nov di Mines 2, Seri Kembangan, itu dijangka menarik minat sehingga 3,000 pemilik perniagaan dan ahli pasaran yang mahu memaksimumkan pulangan pelaburan (ROI) daripada perbelanjaan pengiklanan.

Amalan terbaik untuk pemasaran digital merangkumi media sosial, pengoptimaan enjin carian , Google ads dan penerbit kandungan premium.

Bagaimanapun, kebanyakan SME hanya mampu melakukan pemasaran media sosial mengambil kira harga permulaan rendah.

RMG juga mendedahkan tiga kunci utama mengapa PKS tidak memasukkan jaringan penerbitan kandungan premium dalam pemasaran bercampur digital:

  • Ia dianggap mahal dan melangkaui kadar harga diperuntukkan
  • Mereka tidak pasti kecekapan platform kandungan premium walaupun jenama besar sudah menggunakannya.
  • Mereka tidak pasti bagaimana dan siapa yang perlu dihubungi sekiranya berminat.

OHSEM ADS 2022 menyasarkan bagi menangani tiga kebimbangan berkenaan dengan memberi kesedaran kepada PKS mengenai kuasa rangkaian penerbitan kandungan premium dan nilai yang ditawarkan.

Salah satu rangkaian tersebut ialah REV Media Network, yang mana menarik 15.8 juta pelawat unik bulanan, lebih ramai daripada Facebook atau Google di Malaysia.

PKS akan menerima manfaat menerusi kadar pengiklanan eksklusif dan mampu milik pada acara itu. (Gambar REV Media Group)

Malah, rangkaian itu menempatkan laman yang mungkin anda sedia tahu termasuk Free Malaysia Today, SAYS, Mashable Southeast Asia dan banyak lagi.

Dalam acara itu, PKS akan didedahkan contoh pengiklanan berkesan di REV Media Network, sambil memanfaatkan kadar pengiklanan eksklusif OHSEM.

Disediakan untuk PKS, kadar eksklusif itu akan membolehkan mereka menguji sendiri sejauh mana keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium.

Dalam erti kata lain, PKS kini mempunyai lebih banyak pilihan mampu milik untuk menjangkau golongan sasar dengan produk dan perkhidmatan mereka.

Turut sama menyokong acara itu ialah Strategic Partners EasyStore dan unifi Business Club, Financing Partner Myisco and Dreamtalents Media sebagai agensi digital rasmi.

PKS juga mampu memajukan keupayaan pengiklanan dan pemasaran mereka menerusi REV Ad Manager (RAM), yang akan mewujudkan persona pelanggan menggunakan data tingkah laku pengguna, termasuk pembahagian 30 contoh asas tingkah laku dan 12 ciri pengguna.

Platform berkenaan akan menjana lebih 103,000 persona pelanggan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan.

Dengan OHSEM ADS 2022, RMG dan Dattel menyasar menyediakan RAM bagi semua PKS yang hadir.

Kerjasama pertama antara RMG dan Dattel, bermula Mac 2022, dengan mereka secara bersama melancarkan RAM, platform pengiklanan layan diri kecerdasan buatan (AI) bagi penerbitan tempatan.

Platform itu memanfaatkan pendekatan inovatif bagi pengiklanan dengan menggunakan data tingkah laku pengguna untuk mengesyorkan laman REV terbaik untuk golongan sasaran pengiklanan pedagang.

Sejak dilancarkan, lebih 100 syarikat daripada perniagaan PKS sehingga jenama besar runcit, fesyen dan penjagaan kesihatan, mempunyai akses kepada RAM dan ciri disediakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Ashran Ghazi, berkata: “Menyasarkan golongan sasar dengan betul merupakan aspek penting dalam mana-mana perniagaan. Kami mahu membantu dan memperkasakan PKS dengan data boleh diambil tindakan dan lebih penting menghasilkan kejayaan.

“Kami sudah membuktikan ROI yang kini melepasi penanda aras kadar ketik iklan di media sosial dan ia menjadi sesuatu yang kami banggakan dan mahu ia diperluaskan kepada pengunjung OHSEM ADS 2022.”

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif RMG Samuel Wee berkata: “Zaman di mana pemilik PKS perlu mendapatkan data tradisional dan mewujudkan persona bersesuaian dengan golongan sasar sudah berlalu.

“Enjin pengesyoran dikuasakan AI kami akan mengesyorkan media terbaik untuk dioptimumkan bagi pasaran golongan sasar, menjadikan ia lebih mudah bagi jenama mereka,” katanya.

PKS boleh mendaftar untuk OHSEM ADS 2022 dan menuntut akses mereka dari REV Ad Manager di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.