
Presiden Matta Tan Kok Liang berkata, gangguan portal visa elektronik selama sebulan baru-baru ini, yang didakwanya mengakibatkan kerugian sehingga RM30 juta, menggariskan perlunya sistem visa terus.
“India kini menjadi penyumbang utama ketibaan asing di Malaysia dengan 71,481 pengunjung antara Januari dan Jun 2022 sahaja.
“Pada September, kira-kira 23,000 pelancong India memilih untuk pergi ke Bali berbanding Malaysia kerana kesukaran mendapatkan visa,” katanya dalam kenyataan.
Tan berkata, jika sektor pelancongan Malaysia ingin kekal menarik dan berdaya saing, kita mesti melihat kepada langkah jangka panjang yang lebih praktikal untuk proses visa.
“Kerajaan mesti mempertimbangkan faedah segera melaksanakan kemudahan visa semasa ketibaan terus untuk pelancong India,” katanya sambil menambah, sistem sebegini sudah diamalkan oleh Thailand dan Indonesia.
Minggu lepas, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi mengumumkan bahawa sistem visa kemasukan tunggal ke Malaysia akan dilaksanakan buat sementara waktu disebabkan gangguan perkhidmatan pada portal visa elektronik.
Visa kemasukan tunggal itu boleh diproses di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi atau di konsulat di Mumbai atau Chennai dalam tempoh enam hari.