DUN Perak bubar

DUN Perak bubar

Pembubaran diumumkan selepas mendapat perkenan Sultan Nazrin Shah bagi memberi laluan PRN diadakan serentak dengan PRU15.

Perak menjadi negeri ketiga ditadbir BN yang membubarkan DUN susulan pembubaran Parlimen pada 10 Okt lepas.
PETALING JAYA:
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah memperkenan pembubaran DUN negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Perak menjadi negeri ketiga ditadbir Barisan Nasional (BN) yang membubarkan DUN bagi memberi laluan pilihan raya negeri (PRN) diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Jumaat lepas, Pahang dan Perlis mengumumkan pembubaran DUN.

Ismail Sabri Yaakob pada 10 Okt mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri membubarkan DUN masing-masing susulan pembubaran Parlimen, kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri ditadbirnya, iaitu Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan, untuk memberi tumpuan kepada persiapan banjir.

PAS juga menetapkan untuk tidak membubarkan DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.