
Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani berkata, pemberian cuti khas peristiwa itu juga sebagai tanda meraikan kejayaan cemerlang negeri menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-20.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata, ia merupakan kejayaan pertama Johor sejak temasya sukan dwi tahunan itu mula dianjurkan pada 1986.
Johor unggul dengan 77 pingat emas, jauh melepasi sasaran 55 pingat emas.
Kerajaan negeri juga ingin memberi penghargaan kepada beberapa acara sukan lain yang disertai skuad Johor yang mencatat kecemerlangan dan merangkul kejuaraan sepanjang tahun ini seperti bola jaring menerusi Johor Jewels yang menjuarai Sooka Netball Super League 2022.
Pasukan sepak takraw juga beraksi cemerlang dengan menjuarai Piala Tun Ali pada Ogos, manakala pasukan ragbi menjuarai Ragbi 7 Sebelah Kebangsaan B-21 dan Kejohanan HARP B-19 Lelaki 2022.
Azmi berkata, pemberian cuti itu juga penghargaan kerajaan negeri kepada pihak terlibat dan rakyat Johor yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada setiap pasukan bertanding mewakili negeri ini.
Keputusan pengisytiharan cuti khas peristiwa itu selaras peruntukan kuasa yang diberikan mengikut Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369].