Pusingan pertama pemilihan calon Umno bermula

Pusingan pertama pemilihan calon Umno bermula

Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata, pucuk pimpinan Umno turut menilai nama lain yang tiada dalam senarai itu untuk diteliti sebagai calon.

Mohamad Hasan berkata, Umno memilih calon yang boleh beri kemenangan kepada parti.
SEREMBAN:
Semua badan perhubungan Umno negeri telah menghantar senarai calon masing-masing untuk dipertimbangkan bagi pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan.

Namun, beliau berkata, tidak semestinya calon yang disenaraikan itu sahaja akan dinilai oleh pucuk pimpinan parti untuk diketengahkan sebagai calon pada PRU15 nanti.

“Ini pusingan pertama, kita ambil maklum senarai yang dicalonkan. Ibu pejabat akan membuat penilaian calon dan tidak semestinya orang yang disenaraikan itu sahaja akan dinilai.

“Bagi parti, kemenangan keutamaan kita. Jika calon itu boleh memberi kemenangan kita akan bagi dia bertanding mewakili parti,” katanya.

Mohamad yang juga ADUN Rantau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Umno Negeri Sembilan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.