
“Senarai calon sedang diteliti di peringkat akhir dan kita pilih calon terbaik yang boleh membawa kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN),” katanya yang juga pengerusi jawatankuasa pemilihan calon parti kepada media selepas melancarkan Le Tour de Langkawi (LTdL) Peringkat Ketiga Putrajaya-Genting Highlands di sini hari ini.
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Okt lalu untuk memberi laluan kepada PRU15 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Ditanya adakah beliau akan bertanding pada PRU15, Radzi yang juga menteri kanan pendidikan berkata beliau menunggu keputusan parti mengenai perkara itu.
“Insya-Allah apa sahaja diumum parti saya akan patuh dan apa yang parti minta saya akan buat,” katanya.
Radzi pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Ketereh namun kalah kepada Annuar Musa. Beliau kemudian dilantik sebagai senator pada 17 Julai 2018.