DAP tak tahu parti Waytha mahu sertai PH

DAP tak tahu parti Waytha mahu sertai PH

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, permohonan MAP 'tidak pernah didengari'.

P Waytha Moorthy berkata, partinya memerlukan sokongan parti lain kerana tiada kerusi Parlimen yang mempunyai majoriti pengundi India. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
DAP berkata, ia tidak tahu Parti Kemajuan Malaysia (MAP) pimpinan P Waytha Moorthy memohon untuk menyertai Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, permohonan itu “tidak pernah didengari”.

“Kami tidak berjumpanya sejak kejatuhan kerajaan PH. Kali terakhir beliau dilihat dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum Langkah Sheraton,” katanya merujuk tindakan berpaling tadah yang menyebabkan kerajaan pimpinan Dr Mahathir Mohamad tumbang pada 2020.

Waytha, yang juga presiden MAP, ialah menteri perpaduan negara dalam kerajaan PH. Terdahulu, beliau dilaporkan berkata, partinya gagal membentuk kerjasama dengan PH untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15.

Beliau mendakwa Presiden PKR yang juga Pengerusi PH, Anwar Ibrahim tidak mahu parti berasaskan kaum India dalam PH.

Katanya, MAP tiada pilihan kecuali mencari kerjasama dengan “parti politik majoriti Melayu dan Cina” kerana tidak ada kerusi Parlimen dengan sebahagian besar demografinya terdiri daripada komuniti India.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.