Bekas MB Pahang, Adnan bersara

Bekas MB Pahang, Adnan bersara

Adnan Yaakob bersyukur Pahang kini ditadbir kerajaan baik di bawah pimpinan Wan Rosdy Wan Ismail dalam meneruskan legasi untuk membantu rakyat.

Adnan Yaakob merupakan ADUN Pelangai selama lapan penggal dan menteri besar Pahang selama 19 tahun. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
ADUN Pelangai, Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya selepas berkhidmat kepada rakyat lebih 36 tahun.

Beliau menjadi ADUN Pelangai selama lapan penggal dan dilantik sebagai menteri besar Pahang selama 19 tahun.

“Kita semua sedia maklum, Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang akan dibubarkan dalam sedikit masa lagi.

“Saya menganggap ini ucapan terakhir dalam dewan sebelum bersara sepenuhnya,” katanya menurut Sinar Harian ketika berucap pada sidang DUN Pahang.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang pernah bersamanya dalam mentadbir Pahang dan bersyukur negeri itu kini ditadbir kerajaan baik di bawah pimpinan Wan Rosdy Wan Ismail dalam meneruskan legasi untuk membantu rakyat.

“Pahang bernasib baik mendapat hamba Allah bernama Wan Rosdy, anak (kelahiran) Lipis menjadi menteri besar. Wan Rosdy merupakan seorang yang mempunyai perangai (temperament) baik, maknanya tidak beremosi, tidak marah, tidak mudah teruja macam sesetengah orang.

“Harap Wan Rosdy dapat meneruskan perkhidmatan cemerlang dan saya berbangga dengan kebolehan menteri besar dalam menambah baik dan melakukan perkara-perkara baharu dengan dibantu kepimpinan negeri.

“Saya percaya Wan Rosdy dapat mengemudi BN pada pilihan raya ini dan insya Allah dapat membentuk kerajaan Pahang.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.