
Bekas menteri perpaduan negara dalam kerajaan PH terdahulu itu berkata, cubaannya untuk menjalin kerjasama dengan gabungan itu gagal.
“Presiden PKR (yang juga Pengerusi PH) Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu parti (berasaskan) India dalam PH,” dakwa pengasas bersama Hindraf itu dalam kenyataan.
Waytha berkata, beliau mahu berjuang untuk masyarakat India dengan MAP, sambil menambah parti politik lain tidak “malu” memperjuangkan hak masyarakat masing-masing.
“Ambil Umno, Bersatu, Pejuang, PAS, Amanah dan DAP (sebagai contoh). Arah tuju mereka jelas. Saya juga jelas mengenai agenda saya untuk segmen masyarakat India yang miskin.
“Mengapa saya mesti meninggalkan komuniti India yang paling terpinggir atas nama berbilang kaum dan mengubahnya?”
Beliau juga berkata, MAP tidak mempunyai pilihan selain mencari kerjasama dengan “parti politik majoriti Melayu dan Cina” kerana tidak ada kerusi Parlimen dengan sebahagian besar demografinya terdiri daripada komuniti India.
Beliau menegaskan parti itu hanya boleh membawa perubahan berkesan untuk kaum India dengan menjadi sebahagian daripada kerajaan persekutuan, dan menggesa rakyat mengundi dengan memikirkan generasi akan datang.
MAP ditubuhkan secara rasmi pada 2019 semasa Waytha berkhidmat dalam kerajaan PH.
PH belum memutuskan permohonan Muda untuk menyertai gabungan itu serta tawaran Parti Sosialis Malaysia untuk menjalin pakatan pilihan raya.