Walau kecewa Parlimen bubar, PAS optimis penyatuan ummah tak akan gagal

Walau kecewa Parlimen bubar, PAS optimis penyatuan ummah tak akan gagal

Presiden PAS berkata seluruh rakyat perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kecewa Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan tergesa-gesa, tetapi optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan.
PETALING JAYA:
Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata parti itu tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan walaupun kecewa Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan tergesa-gesa.

Sehubungan itu, katanya, seluruh rakyat perlu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang sangat penting ini.

“PAS melahirkan rasa kecewa terhadap situasi yang berlaku sehingga Parlimen terpaksa dibubarkan dalam keadaan yang agak tergesa-gesa hanya dalam tempoh empat tahun lima bulan sahaja dalam penggal Parlimen ke-14.

“Bagaimanapun, PAS tetap optimis usaha penyatuan ummah tidak akan digagalkan oleh sesuatu agenda yang bukan untuk kepentingan awam dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membuka laluan kepada PRU15. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.