
Berdasarkan portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), paras bacaan di Sungai Tengi, Kuala Selangor merekodkan bacaan 2.31m, sementara Sungai Padang Terap, Sungai Kedah mencatatkan 14.01m.
Sementara di Melaka melibatkan Sungai Melaka iaitu 2.49m manakala di Sarawak, tiga sungai merekodkan paras bahaya iaitu Batang Rajang (4.73m), Sungai Salim (3.57m), dan Sungai Similajau (12.64m).
Setakat kemas kini 9.30 pagi, dua sungai di Negeri Sembilan iaitu Sungai Muar di daerah Jempol dan Sungai Muar di Kuala Pilah pula merekodkan paras bacaan amaran masing-masing dengan 32.24m dan 62.41m.
Turut merekodkan tanda amaran ialah Sungai Kesah di Melaka (3.26m) dan Sungai Kesang, Johor (3.08m).