
Katanya, terdapat beberapa perkara perlu diteliti Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi dan pihaknya menjangkakan keputusan permohonan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Semua berjalan lancar, seperti yang saya cakap tadi, ia mendapat respons positif, cuma beliau (Zahid) belum lagi memberi kenyataan rasmi setakat ini, mungkin selepas bubar (Parlimen) beliau akan bagi kenyataan,” katanya selepas Program Jelajah Jom Reset Segamat.
Turut hadir penyandang kerusi Parlimen Segamat yang juga timbalan menteri pelancongan, seni dan budaya, Santhara Kumar.
Berhubung kerusi yang akan ditandingi PBM pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), Zuraida yang juga menteri perusahaan perladangan dan komoditi berkata, parti itu tetap akan mengekalkan enam penyandang kerusi PBM sedia ada.
Enam penyandang kerusi Parlimen itu ialah Zuraida (Ampang), Santhara (Segamat), Larry Sng Wei Shein (Julau), Steven Choong (Tebrau), Mohammadin Ketapi (Lahad Datu) dan Xavier Jayakumar (Kuala Langat).