PN mungkin kekalkan semua penyandang kerusi Parlimen, DUN, kata Muhyiddin

PN mungkin kekalkan semua penyandang kerusi Parlimen, DUN, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, pengekalan itu perlu berdasarkan prinsip calon boleh menang.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan di satu dua tempat (calon Parlimen dan DUN) akan dinilai semula di peringkat pimpinan tertinggi.
IPOH:
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata, gabungan itu berkemungkinan mengekalkan penyandang kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu bagaimanapun berkata, pengekalan itu perlu berdasarkan prinsip calon boleh menang.

“Kemungkinan di satu dua tempat (calon Parlimen dan DUN) akan dinilai semula di peringkat pimpinan tertinggi PN. Itu kita akan teliti dan membuat keputusan.

“Namun secara prinsipnya adalah soal calon yang boleh menang,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PN Negeri Perak di sini.

Hadir sama Timbalan Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN Perak, Ahmad Faizal Azumu, Setiausaha Agung PN, Hamzah Zainudin, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria serta Pengerusi Gerakan Perak, See Tean Seng.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata pimpinan tertinggi PN bersetuju memberi ruang kepada kepimpinan parti di peringkat negeri untuk memberikan input kandungan manifesto PN mengikut keperluan negeri masing-masing.

“Sebagai contoh, sekiranya PN Perak mempunyai beberapa perkara yang dirasakan wajar dimasukkan ke dalam manifesto negeri, kita akan masukkan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.