6 telco tandatangan akses 5G DNB, kata Tengku Zafrul

6 telco tandatangan akses 5G DNB, kata Tengku Zafrul

Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom merupakan syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam perjanjian itu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, berkata semua enam syarikat telekomunikasi utama negara sudah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G disediakan Digital Nasional Berhad (DNB). (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Semua enam syarikat telekomunikasi utama negara telah menandatangani perjanjian penyediaan akses 5G disediakan Digital Nasional Berhad (DNB), kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Menurut Tengku Zafrul, Maxis, U Mobile, Celcom Axiata, Digi, YTL Communications, dan Telekom merupakan syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam perjanjian terbabit.

“Penyediaan rangkaian 5G yang meluas ini pastinya akan memacu pendigitalan negara.

“Kita sudah bersedia untuk mempercepatkan penggunaan 5G,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sebelum ini, empat daripada enam pengendali rangkaian mudah alih (MNO) negara telah melaksanakan perjanjian langganan saham untuk mengambil alih kepentingan ekuiti dalam pembekal perkhidmatan 5G Digital Nasional Bhd (DNB) dengan Celcom Axiata dan Digi Telecommunications masing-masing mengambil 12.5% , manakala YTL Communications dan TM telah mendaftar masing-masing 20%.

Baki dua penyedia perkhidmatan, Maxis Communications dan U-Mobile telah memilih untuk tidak terlibat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.