
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 turun kepada 1,788 kes semalam berbanding 1,794 kelmarin, dengan tiga kematian dilaporkan.
Menurut data di laman sesawang KKMNOW, kes baharu itu terdiri daripada 1,782 kes penularan tempatan dan enam kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,851,896 kes dan 36,394 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 23,877 kes aktif Covid-19, termasuk 38 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 24 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 980 orang atau 4.1 % menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,509 pesakit dilaporkan sembuh.