
Beliau berkata, laporan itu ditandatangani empat panel JKS, iaitu Peguam Negara Idrus Harun, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani, Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Azam Baki sebelum diserahkan kepada KSN pada 22 Ogos lalu.
“KSN telah bersetuju supaya Jabatan Audit Negara menjadi urusetia bagi JKS.
“JKS telah mengadakan sesi temu bual dengan saksi-saksi pada 10,11,12 dan 18 Ogos lalu. Sesi perbincangan dan memuktamadkan laporan pula telah diadakan pada 19 Ogos,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.
Beliau menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (PKR- Kulim- Bandar Baharu) yang mempersoalkan perkembangan siasatan Jawatankuasa Khas terhadap isu KPPA.
Sebelum ini, Jemaah Menteri bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat insiden tersebut.
Media sebelum ini melaporkan, Mohd Shafiq didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Penolong Penguasa Imigresen di KLIA, James Lee.
Insiden itu menyebabkan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) menuntut permohonan maaf secara terbuka, sebelum Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan kejadian berkenaan.
JPA dalam kenyataan berkata, Mohd Shafiq sekadar menegur Lee atas ketidakpatuhan amalan dan prosedur kerana tidak menyemak dokumen perjalanan dan pasportnya serta delegasinya.