
Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim, berkata STEM adalah pemacu ekonomi yang akan menyediakan pergerakan sosial lebih baik dan kuasa pendapatan untuk bakal pekerja.
Pekerjaan yang memerlukan kemahiran subjek STEM dijangka berkembang kepada 8.8% pada 2028 berbanding 5% untuk mereka yang tiada kemahiran itu.
Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin minggu lalu berkata, kementeriannya meminta peruntukan spesifik untuk menggalakkan kemasukan pelajar ke subjek STEM.
Bajet 2023 memperuntukan RM6.7 bilion untuk pelbagai inisiatif teknikal dan pendidikan serta latihan vokasional.
Azimah berkata, dia juga kecewa dengan kekurangan dana diperuntukkan untuk melatih guru bagi program dwibahasa.
Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE), Mak Chee Kin juga percaya kerajaan terlepas pandang bidang STEM.
Bagaimanapun, Azimah dan Mak menyambut baik kenaikan kadar makanan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dalam Bajet 2023.
Mak berharap, pengusaha kantin lebih bermotivasi menyediakan makanan lebih baik untuk murid yang memerlukan dan kementerian mencari jalan untuk menggalakkan pengusaha kantin menyediakan makanan lebih sihat dan bernutrisi.