
PETALING JAYA: Jangkitan harian Covid-19 naik kepada 1,794 kes semalam, berbanding 1,722 kes kelmarin, dengan empat kematian dilaporkan.
Menurut data di KKMNOW, kes baharu terdiri daripada 1,789 penularan tempatan dan lima kes import.
Angka ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 di negara ini meningkat kepada 4,850,108 kes, dengan 36,391 kematian.
Sehingga tengah malam tadi, terdapat 23,601 kes masih aktif, termasuk 36 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 24 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada jumlah kes aktif itu, 948 orang atau 4% menerima rawatan di hospital.
Seramai 1,227 pesakit dilaporkan telah sembuh.