Najib tak pernah keluar cek untuk diri sendiri, kata pengurus bank

Najib tak pernah keluar cek untuk diri sendiri, kata pengurus bank

R Uma Devi pada perbicaraan 1MDB Najib Razak memberitahu semua cek dikeluarkan oleh bekas perdana menteri itu adalah kepada organisasi dan parti politik.

Pengurus Cawangan R Uma Devi berkata bekas perdana menteri Najib Razak tidak pernah membuat pengeluaran tunai daripada akaun AmBanknya.
KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai bank memberitahu Mahkamah Tinggi pada perbicaraan 1MDB Najib Razak bahawa bekas perdana menteri itu tidak membuat sebarang pengeluaran tunai daripada akaun AmBanknya.

Pengurus Cawangan Ambank Jalan Raja Chulan, R Uma Devi mengesahkan perkara itu semasa pemeriksaan balas oleh peguambela Shafee Abdullah.

“Adakah anda bersetuju bahawa bagi seseorang seperti beliau, wang tunai akan menjadi lebih mudah kerana kebiasaannya rakyat Malaysia menggunakan wang tunai apabila berbelanja?” soal Shafee.

Sebagai maklum balas, Uma Devi berkata terpulang kepada pemegang akaun sama ada mahu menggunakan cek atau mengeluarkan wang tunai.

Uma Devi juga mengesahkan bahawa semua cek yang dikeluarkan oleh Najib daripada akaunnya dibuat kepada organisasi dan parti politik.

Beliau juga berkata bekas perdana menteri itu tidak mengeluarkan sebarang cek daripada akaun AmBanknya untuk dirinya sendiri.

Perbicaraan bersambung di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah pada Khamis apabila bekas pengarah urusan AmBank Cheah Tek Kuang akan memberikan keterangannya.

Najib sedang dibicarakan atas 25 pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram ke atas dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBanknya antara Februari 2011 dan Disember 2014.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.