20 termasuk tentera ditahan terlibat rompakan di Semporna, kata menteri

20 termasuk tentera ditahan terlibat rompakan di Semporna, kata menteri

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata penahanan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan kes rompakan yang berlaku di Pulau Siamil Ogos lalu.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin berkata terdapat dua kes rompakan disyaki dilakukan anggota keselamatan pada Ogos lalu di perairan Pulau Siamil, Semporna Sabah. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Seramai 20 individu termasuk anggota tentera ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua rompakan laut di Semporna, Sabah.

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin, berkata penahanan itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan kes rompakan yang berlaku di Pulau Siamil Ogos lalu.

“Terdapat dua kes rompakan di laut yang disyaki dilakukan oleh anggota keselamatan pada 15 dan 18 Ogos lalu di perairan Pulau Siamil.

“Kedua-dua kes telah diklasifikasikan bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu melakukan rompakan berkumpulan. Tangkapan seramai 20 orang anggota tentera dan suspek-suspek telah dijamin pada 25 Sept 2022. Kes masih dalam siasatan,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Hamzah berkata demikian menjawab pertayaan Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semprona) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan secara terperinci kejadian rompakan berkumpulan itu yang didakwa dilakukan anggota keselamatan negara.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, kes itu masih dalam siasatan dan pihak kementerian perlu menunggu sehingga ia selesai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.