Pilih kami atau PN, Umno beri kata dua kepada PAS

Pilih kami atau PN, Umno beri kata dua kepada PAS

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menutup pintu kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional berkata PAS perlu memutuskan hubungan dengan PN jika mahu bersama mereka.

Ahmad Zahid Hamidi berkata Umno masih terbuka untuk bekerjasama dengan PAS dengan syarat parti itu memutuskan hubungan dengan PN.
KUALA LUMPUR:
Umno memberi kata dua kepada PAS sama ada memilih mereka atau Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini menutup pintu kerjasama politik menerusi Muafakat Nasional (MN) berkata, PAS perlu memutuskan hubungan dengan PN jika mahu bersama mereka.

PAS juga sudah diberi tarikh akhir untuk membuat keputusan.

Beliau berkata, jika PAS tidak memenuhi syarat ditetapkan, Umno berhak menghadapi PRU mengikut kaedah sendiri.

“Tanpa memenuhi syarat-syarat tersebut, kami akan bergerak solo,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di WTC hari ini.

Zahid sebelum itu berkata tiga tuntutan yang diberikan kepada PAS adalah keluar daripada Perikatan Nasional (PN), memutuskan hubungan politik dengan Bersatu dan mengumumkan secara rasmi bahawa mereka “mufarakah” (berpisah) 100% daripada PN dan Bersatu.

PAS bagaimanapun mengingatkan Umno supaya tidak meletakkan syarat seperti ‘Puteri Gunung Ledang’ sekiranya ingin bekerjasama dengan parti Islam itu.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sekiranya Umno meleletakkan syarat berat itu, ia tidak akan memenuhi hasrat yang sama iaitu untuk bekerjasama.

Zahid berkata jika PAS mahu bersama Umno dan BN mereka bebas untuk menggunakan lambang parti mereka.

“Kita (juga) boleh toleransi kebersamaan jentera hadapi PRU,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.