
Sebelum kejadian, kanak-kanak itu berada di luar rumah bersama bapanya dan rumah mereka berada berhampiran dengan kawasan air terjun.
Tidak beberapa lama kemudian bapanya menyedari anaknya itu tidak berada di kawasan rumah dan berkemungkinan tergelincir lalu terjatuh dan lemas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Nik Ahmad Afsham Nik Pa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.53 tengah hari dan tiba di lokasi 2.28 petang.
“Sebaik menerima panggilan, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut dibantu oleh Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
“Selepas beberapa jam operasi SAR, jasad kanak-kanak berkenaan ditemui pada 5 petang tadi,” katanya menurut Harian Metro.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat.