Naib ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

Naib ketua Pemuda Amanah meninggal dunia

Muhamad Fadzil Ahmad meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Klang dipercayai akibat komplikasi jantung.

Muhamad Fadzil Ahmad, seorang peguam, meninggal dunia pada usia 38 tahun awal pagi tadi. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Naib Ketua Pemuda Amanah Muhamad Fadzil Ahmad meninggal dunia pada 1.15 pagi tadi di Hospital Klang.

Perkara itu dimaklumkan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu menerusi Facebook.

“Menerima berita duka pemergian Muhamad Fadzil. Bagi pihak Amanah, kami sangat terasa dengan pemergiannya.”

“Beliau seorang peguam yang sangat dedikasi dan tokoh anak muda yang berwawasan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Mohd Hasbie Muda memaklumkan bahawa Fadzil dipercayai mengalami serangan jantung.

“Beliau sebelum ini sihat dan cerdas,” katanya kepada FMT.

Fadzil, 38, meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.