Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,007 kes, 5 kematian

Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,007 kes, 5 kematian

Seramai 1,407 pesakit dilaporkan sembuh.

Kes baharu itu terdiri daripada 1,995 kes penularan tempatan dan 12 kes import.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,007 kes semalam berbanding 1,867 kes kelmarin, dengan lima kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 1,995 kes penularan tempatan dan 12 kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,840,879 kes dan 36,374 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 25,769 kes aktif Covid-19, termasuk 42 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 19 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.9% atau 24,713 pesakit menjalani kuarantin di rumah, sementara 1,014 orang atau 3.9% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,407 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,081 kluster, dengan 13 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.