Edmund Santhara, Xavier masuk PBM

Edmund Santhara, Xavier masuk PBM

Presiden Pengganti PBM Zuraida Kamaruddin mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan pertama parti itu hari ini.

Presiden Pengganti PBM Zuraida Kamaruddin umum Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar (kanan) dan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar menyertai parti itu.
PETALING JAYA:
Dua bekas Ahli Parlimen PKR Edmund Santhara Kumar dan Dr Xavier Jayakumar menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Presiden Pengganti Zuraida Kamaruddin mengumumkan perkara itu pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan pertama PBM hari ini.

Santhara adalah Ahli Parlimen Segamat manakala Xavier Ahli Parlimen Kuala Langat.

Dengan kemasukan kedua-dua Ahli Parlimen itu, PBM kini mempunyai enam Ahli Parlimen termasuk Zuraida (Ampang), Steven Choong (Tebrau), Larry Sng (Julau) dan Mohamaddin Ketapi (Lahad Datu).

Lima daripada mereka menang atas tiket PKR, pada pilihan raya umum 2018, manakala Mohamaddin atas tiket Warisan.

Dalam Langkah Sheraton, Zuraida dan Edmund Santhara meninggalkan PKR untuk menyertai Bersatu, pada 2020, manakala Choong dan Sng keluar sebagai bebas dengan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.