Belum lulus masuk BN, PBM sedia tanding solo PRU15

Belum lulus masuk BN, PBM sedia tanding solo PRU15

Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) Na'im Brundage berkata partinya masih berharap diterima sebagai komponen dalam BN.

Ketua Pemuda Parti Bangsa Malaysia (PBM) Na’im Brundage berkata hasrat parti untuk bertanding solo perlu dilakukan mengambil kira permohonan menyertai Barisan Nasional belum diluluskan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Parti Bangsa Malaysia (PBM) akan bertanding solo memandangkan Umno sudah menetapkan pendirian pilihan raya umum ke-15 (PRU15) harus diadakan tahun ini, kata ketua pemudanya Na’im Brundage.

Katanya, tindakan itu dilakukan mengambil kira permohonan parti berkenaan untuk menyertai Barisan Nasional (BN) belum diluluskan.

“Sukar untuk kita jangkakan (berhubung permohonan itu) tapi kami harus bersedia untuk bertanding solo sekiranya terdesak.

“Apapun, kami masih lagi berharap untuk berada dalam gagasan BN,” katanya menurut Kosmo.

Sebelum ini, Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan dilaporkan berkata, keputusan bagi memasukkan PBM dalam BN perlu mendapat persetujuan konsensus dengan semua parti dalam gabungan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.