Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah

Bomba tangkap harimau kumbang di halaman rumah

Anggota Jabatan Perhilitan menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas.

Seekor harimau kumbang ditangkap di pekarangan sebuah rumah di Semenyih, Selangor.
KUALA LUMPUR:
Jabatan Bomba Selangor berjaya menangkap seekor harimau kumbang di pekarangan sebuah rumah, di Taman Pelangi Semenyih, Selangor, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 3.32 petang dan memasang jaring khas untuk menangkap haiwan itu.

“Anggota Jabatan Perhilitan telah menembak ubat pelali pada harimau itu sebelum dimasukkan ke dalam sangkar khas,” katanya dalam kenyataan.

Norazam berkata, operasi tersebut tamat kira-kira 7.10 malam dan harimau kumbang itu diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.