Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,445 kes, 2 kematian

Jangkitan Covid-19 naik kepada 2,445 kes, 2 kematian

Kes baharu itu terdiri daripada 2,443 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,837,005 kes dan 36,365 kematian.
PETALING JAYA:
Jangkitan harian Covid-19 meningkat kepada 2,445 kes semalam berbanding 1,552 kes kelmarin, dengan dua kematian dilaporkan.

Menurut data di laman sesawang CovidNow, kes baharu itu terdiri daripada 2,443 kes penularan tempatan dan dua kes import.

Ini menjadikan jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 meningkat kepada 4,837,005 kes dan 36,365 kematian.

Sehingga tengah malam tadi, terdapat 24,713 kes aktif Covid-19, termasuk 41 pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), dengan 22 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada jumlah kes aktif itu, 95.4% atau 23,567 pesakit menjalani kuarantin di rumah, sementara 1,105 orang atau 4.5% menerima rawatan di hospital.

Seramai 1,613 pesakit dilaporkan sembuh.

Tiada kluster baharu direkodkan semalam, menjadikan keseluruhannya kekal 7,080 kluster, dengan 13 daripadanya masih aktif.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.